Saturday, 29 September 2012

Kenapa Saya Menulis "Time Travel"

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..


Tiada apa yang istimewa tentang menulis di blog. Itulah saya beberapa ketika dahulu. Tetapi, apabila melihat blog dari hamba Allah yang sangat istimewa membuatkan hati saya terusik untuk menulis didalam blog supaya setiap insan sama-sama dapat berkongsi samaada dari segi ilmu ataupun perjalanan hidup seseorang.

Kadang-kadang kita tidak dapat berkongsi tentang sesuatu perkara secara terus-menerus kepada seseorang. Jadi, penulisan blog kadang-kadang mampu menjadi 'teman' yang paling setia dalam hidup kita.

Hamba Allah yang saya maksudkan ialah penulis bagi blog "Perjalanan ini Langkah ini". Berikut merupakan tentang diri beliau yang saya petik dari blog "Perjalanan ini Langkah ini".....

"hamba Allah yang mahu ingin sentiasa mujahadah ke arah redha Allah, walaupun kadang-kadang sentiasa kecundang. Nama, Nur Masyhitah Che Norddin. Dilahirkan pada, 8th August 1988 Married already to my beloved prince charming, Muhammad Shahir Ibrahim on 23rd July 2010. Anak 2nd from 6 siblings. Currently studying in UK, finishing my degree in TESL at University College of St. Mark & St. John, Plymouth."

Walaupun tiada lagi post terbaru dari beliau, tetapi itulah sebab mengapa saya mahu menulis dan berkongsi ilmu didalam blog ini. Kepada yang ingin mendekati blog beliau, sila berkunjung ke http://masyhinorddin.blogspot.com/.

Saya pernah beberapa kali bertemu dengan penulis blog ini dan beliau berjaya mengubah cara pemikiran saya dalam perjalanan menuju ke alam dewasa. Begitulah kita manusia dalam mencari sesuatu yang tertinggal.

Sekarang, beliau telah menulis satu lagi blog. Bingkisan Buat Semua ( http://kitebersama.blogspot.com/). Semoga beliau sekeluarga sentiasa  dilimpahi berkat dan rahmat dari ALLAH S.W.T.

Sekian sahaja dari saya cubaan menulis oleh seorang yang bukan siapa-siapa. selamat mengumen :D. Doakan saya dalam mengharungi "Perjalanan ini Langkah ini". Dan sentiasa ingat
Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Akhir sekali,
"you don't know what you got till it's gone, hargai tiko ado".


Assalamualaikum w.b.t...Semoga Bertemu Kembali =)

No comments:

Post a Comment