Hi,
Hari ni saya nk berkongsi ttg perkara yang paling basic iaitu mengukur ketegakkan sesuatu tiang sebelum melakukan kerja-kerja konkrit.
Berikut merupakan cara-caranya :
1 ) Ambil satu kayu panjang yang dipalang sebagai alat pengukur. (manually install)
2) Tegakkan kayu tersebut pada tiang @ kotak bentuk.
3) Menggunakan pita pengukur, ukur jarak kotak bentuk ke kayu tersebut pada sebelah atas tiang tesebut.
4) Catat ukuran tersebut dan ulang langkah (3) pada bahagian tengah dan bawah tiang tersebut. (3 bacaan)
5) Jika mahu ukuran yang tepat, ukur tiang tersebut pada setiap sisi.
(p/s : cara pengukuran ini adalah konvensional. Biasanya digunakan pada kotak bentuk sedia ada. Biasanya cara ini untuk mengukur pugak sesuatu dinding atau tiang sebelum kerja-kerja konkrit)
Selamat Mencuba =)





